Kelas Advokasi KDB (Siber Buli - Sindir Badan)
19 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 October 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Advokasi KDB (Buli Siber – Sindir Badan). Kelas dijalankan selama 30 Minit bermula Jam 2:00 Petang hingga 2:30 Petang. Objektif kelas adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta bertapa buli siber yang menjurus kepada sindir badan boleh mendatangkan kesan yang amat mendalam kepada mangsa sehingga mereka menjadi stress, gangguan emosi dan paling buruk sekali adalah membunuh diri kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Kelas ini bertujuan juga mendidik para peserta menggunakan media sosial secara berhemah serta mendidik peserta bahawa buli siber adalah jenayah dan boleh dihukum dibawah akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 233 (1) (b) AKM 1998 (Akta 588).
Pesalah yang didapati bersalah akan didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih daripada satu tahun, atau kedua-duanya. Seramai lapan (8) orang individu telah mengikuti kelas sehingga akhir dan mendapat sebanyak 17 jumlah tontonan yang ditayangkan secara terus di laman rasmi Facebook Page Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong melalui aplikasi streamyard.com.
Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
• Peserta mendapat peringatan dan kesedaran berkaitan isu semasa iaitu sindir badan yang merupakan kejadian buli sama ada dilakukan secara lansung dan secara dalam talian.
• Peserta dapat mengetahui punca dan kesan berlakunya aktiviti ini dalam masyarakat.
• Peserta mendapat informasi berkaitan cara menangani gejala buli ini dalam kalangan pelaku dan mangsa.
• Akhir sekali, peserta sedar akan gejala buli sindir badan ini adalah salah di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 233 (1) (b) AKM 1998 (Akta 588) dan pesalah boleh dihukum mengikut peruntukan yang disediakan di bawah akta tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: